Belajar.

5 Benda Anak Belajar Daripada Seorang Ayah

1. Anak belajar KEMAHIRAN BERUNDING

+ Dengan mak, anak anak ni boleh mintak apa apa je sebab mereka tahu mereka boleh manipulasi mak mereka lebih daripada mereka boleh manipulasi ayah.

+ Ayah ni sifatnya lebih authoritative. Mereka terpaksa gunakan cara yang lebih halus untuk tackle dan tawan hati si ayah ni. Daripada situ mereka belajar skill berunding yang mana sangat diperlukan bila anak kita dah masuk ke alam pekerjaan nanti.

2. Anak belajar IKUT ARAHAN

+ Walaupun yang biasanya membebel ni emak tapi arahan seorang ayah lebih ringkas, jelas dan tegas

+ Emak biasanya dah berpuas hati kalau 1/10 arahan mereka dipatuhi dan ditaati tapi jaga jaga dengan arahan seorang ayah. Walau 9/10 arahan dah dipatuhi.Ianya masih dikira melawan dan akan ada hukuman yang akan menanti.

3. Anak belajar KAWAL EMOSI

+ Dalam keadaan kecemasan dan tekanan, biasanya seorang ayah ni akan lebih tenang dan boleh buat keputusan

+ Daripada situ akan kita akan belajar untuk buat keputusan yang rasional dan logik walaupun sedang dikuasai emosi

4. Anak belajar KEMAHIRAN MELINDUNGI

+ Ayah ni sifat semulajadinya adalah PELINDUNG kepada keluarganya

+ Seorang ayah akan melindungi isterinya daripada semua jenis ancaman. Tak kira la ancaman penjahat luaran ataupun ancaman tekanan & kepenatan

+ Dari sini lah anak kita belajar untuk menjadi pelindung kepada keluarganya sendiri suatu hari nanti

5. Anak belajar MELAYANI PASANGAN HIDUP

+ Cara layanan ayahnya kepada emaknya sendiri akan menjadi ‘references’ ataupun sumber yang akan anak kita contohi bila dia dah dewasa nanti

+ Kalau ayahnya suka berkasar dengan emaknya, dia pun akan cenderung untuk berkasar dengan pasangan hidupnya nanti

+ Ini kerana anak kita walau nampak macam tak tahu apa apa, mereka ni pemerhati setia.

+ Mereka pantau semua kelakuan kita dan mereka akan tiru satu persatu kelebihan dan kekurangan kita. Itulah kenapa mereka ni adalah CCTV terbaik dunia!

Cantik.

Cantik tarikh ini…

81218

Jika diterbalikkan dan dibaca dari belakang,

tetap sama…

81218

Then, randomly buka Quran..

tengok surah ke-8, ayat 12:

Allah SWT berfirman:

اِذْ يُوْحِيْ رَبُّكَ اِلَى الْمَلٰٓئِكَةِ اَنِّيْ مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا ۗ سَاُلْقِيْ فِيْ قُلُوْبِ الَّذِيْنَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوْا فَوْقَ الْاَعْنَاقِ وَاضْرِبُوْا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang beriman. Kelak Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pukullah di atas leher mereka (musuh) dan pukullah setiap hujung jari mereka.” (QS. Al-Anfal 8: Ayat 12)
.

Moga diperteguhkan hati semua pejuang kebenaran… ✊
.

#himpunan812 #himpunanaman #tolakicerd #gerakanpembelaUMMAH #melayusepakatislamberdaulat

Doa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa pagi Sabtu

30 Rabiulawal 1440H,
08 Disember 2018.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Segala pujian bagi Allah pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga, para ambia’, sahabat2, muslimin dan muslimat.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabbul Jalil, sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Ya Allah Engkau gantikan segala pengorbanan mereka dengan kebajikan yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang soleh yang Engkau redhai.

Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik, dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Azizz kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

Ya Allah Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada dalam kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada dalam kalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada dalam kalangan kami sedang berhajat dengan sesuatu keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka.

Ya Allah jika ada dalam kalangan kami ada mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama-sama dengan kami.

Ya Razzak Ya Fattahu Ya Alim, kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu, sebaliknya janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan dan istirehat.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.َِ